Send Us Your Sounds - DROPBOX

Monday, December 7, 2009

asia's best kept secret: Roslan Aziz oleh ariapertama

asia's best kept secret: Roslan Aziz oleh ariapertama


L - Ali (8tahun) R - Zayn(18bulan)

Ramai kenal beliau, baik hasil kerjanya, karektornya malah kontraversi yang pernah dilaluinya. Semua ini menjadikan beliau Roslan Aziz yang kita kenali hari ini. Lahir dalam komuniti Melayu Bandar, Keramat Kuala Lumpur. Agak ironik, komuniti melayu sebegini walau di Bandar sesak seperti Kuala Lumpur - yang masih agak konservatif pemikirannya ( suatu waktu dulu ), bisa melahirkan pencipta muzik yang sangat liberal sifatnnya. Asalnya, Roslan Aziz seorang pelajar aliran sains di salah satu universiti di kawasan Lembah Klang. Berguru dengan ramai orang. Pernah merantau jauh kerana muzik. Beliau juga pernah mencipta fenomena muzik.

Kemenangan karya-karya dibawah penerbitan beliau tidak diragui. Sekitar zaman 1989 hingga 1996 telah membuktikannya. Ketika itu, pada peringkat awal, katanya ‘kita bergerak dibawah kemampuan kapital dan kurang sokongan publisiti’. Namun ‘kemampuan’ yang kecil itu mampu merakam muzik-muzik yang tinggi kualitinya. Ini jelas menunjukkan, disiplin yang ‘ketat’ sebagai seorang penerbit, bisa ‘menggagahi’ kekurangan capital dsdnya. Ini sahaja rahsia bagaimana hasil kerjanya berjaya. Hingga kini, pencapaian beliau masih belum dapat di atasi oleh mana-mana produser, baik di Malaysia mahupun di rantau Asia Tenggara. Menariknya di sini, keadaan ini disedarinya termasuk kita.

Umumnya, ‘tokoh-tokoh’ besar dalam apa jua bidang memiliki ‘pride’ mereka sendiri. Pride ini zahirnya pada kita yang bukan ‘tokoh’ kelihatan seperti ‘arrogant’ atau ego. Hakikatnya elemen ego ini bukanlah sikap tiru-tiruan atau dibuat-buat olehnya, tetapi terjadi dengan sendirinya akibat ‘ketat’nya disiplin sehingga menjadikan mereka ini ‘tokoh’ dalam bidangnya. Hal ini berlaku dengan Roslan Aziz.

Pencipta muzik ini bukanlah seorang yang demand pada harga kerjanya. Tetapi beliau seorang yang sangat memilih dan cerewet. Sifat ini kita sedia makllum pada mana-mana tokoh sekalipun. Nafsu muzik beliau sangat besar, tetapi berbeza dengan karyawan muda yang bernafsu besar tapi gelojoh. “..k*h*t*k kau..!!!” Ekspresi beliau sebeginilah yang menjadikan muziknya ada ‘passion’. Pemuzik yang mendengar ekspresi beliau sebegini secara tiba-tiba ‘jadi pandai’. Pemuzik itu sendiri tak bisa menjelaskan keadaan ini.

Rata-rata pemuda-pemuda yang baru dalam muzik ‘takut’ padanya. Takut ini membawa pelbagai tanggapan. Ada yang takut ‘salah’, takut lambat, takut tak kena dan macam-macam lagi. Secara tidak sedar, dengan ‘sikap-sikap’ inilah Roslan Aziz memanipulasi kelemahan ‘pelajar’ muziknya menjadi sesuatu yang di gelar orang sebagai ‘magic’. Barangkali ramai tak menyedari kebolehan utama Roslan Aziz ini. Jika beliau seorang penyanyi, inilah juga yang dikatakan ‘x factor’. Bagi seorang pencipta muzik sepertinya, inilah yang dikatakan karisma – bagaimana permulaan yang negatif ditukar menjadi sesuatu yang sangat positif, atau bagaimana sesuatu yang kurang/lemah menjadi kekuatan selepasnya. Faktor ini amat sukar dijumpai dalam mana-mana pencipta muzik.

Beliau memilih untuk menguasai salah satu cabang yang secara sejarahnya ‘gagal’ di kuasai oleh seniman lampau, termasuk P.Ramlee. iaitu, teknologi muzik atau kejuruteraan bunyi. Beliau berkorban minat (asalnya sebagai komposer dan pemuzik) hanya untuk mengatasi ‘krisis’ kualiti muzik tempatan. Ramai juga yang tidak sedar hakikat ini. Dengan adanya karyawan seperti beliau, maka terisi sudah kelompongan besar yang tidak orang industri sedari iaitu ‘understanding of music technology’. Kefahaman beliau tentang bidang ini bukan bermaksud teknologi multimedia atau IT, tetapi lebih dalam dari itu – the nature of sound. Inilah konsep asas yang membawa kejayaan muzik Roslan Aziz. Beliau tidak begitu mendengar ‘gaya’ muzik melayu sebaliknya dia mendengar ‘bunyi’ muzik melayu. Perbezaan ini amat ketara kesannya dalam lagu-lagu terbitan beliau. Bau-bau muzik eksotik, Jazz – afrika – ghazal – inang melayu – malah yang terkini seperti techno dsdnya menjadi keunikkan falsafah muzik beliau. Sebagaimana muzik tradisi Melayu yang ‘observe’ pada instrumentasi barat dan timur. Sedang Roslan ‘observe’ bunyi-bunyi dari timur dan barat. Baginya “…dalam kepelbagaian muzik…muzik itu memberitahu apa yang akan kamu rasakan”.

Sebagai seorang pembaca, umumnya kita memilih untuk membaca pada apa yang ingin kita ketahui. Pengalaman diri akan mendorong seseorang itu memilih bahan bacaan yang dapat membetuk hidupnya. Roslan Aziz memilih untuk tahu tentang ‘manusia dan kemanusiaan’. Topik ini pasti ‘memaksa’ beliau untuk bekerja lebih keras dengan membaca segala yang tertulis mengenai ‘kehidupan’. Nah! Ketatnya pengetahuan muzik belum dapat menjanjikan kualiti karya, maka sumber bacaan juga telah memainkan peranan besar pada Roslan. Elemen ini sangat kurang pada pemuda-pemuda yang sedang ‘asyik’ dengan idea muziknya.

‘ALI’ – Roslan dan Muklis cuba ‘bercakap’ tentang satu konsep kehidupan dari apa yang mereka rasa selama ini. Kolaborasi ini menjadi signifikan selepas ‘rehat’ Roslan Aziz selama 5 tahun lalu. Kekemasan muziknya sangat ketara, muzik-muzik dalam ALI telah berkali-kali di adun bunyinya. Terdapat pelbagai ‘sound version’. Hingga kita pendengar sendiri sukar menilai yang terbaik dari yang terbaik. ALI cuba memberi ‘kunci’ kepada khalayak pendengar bagi menilai kembali keinginan sebenar pendengar muzik di Malaysia. Mendidik taste ( citarasa ) pendengar muzik di Malaysia sama kerasnya dengan usaha ‘mereformasikan’ pemikiran rakyat dalam jalur politik dan sosial. Maka nama band ALI menjadi pintu masuk segala macam perubahan yang Roslan dan Mukhlis inginkan. Barangkali bagi kita yang meminati muzik, sokongan awal bukanlah kerana ‘muzik ALI’ ( yang dianggap sofistikated ) itu sendiri, tetapi kerana konsep dan idea ALI yang kelihatan masak ranum untuk dikunyah. Kemudian barulah fenomena muzik itu bisa wujud - barangkali. ALI pada Roslan ialah ‘vehicle’ kepada suatu yang lebih utama ( matlamat ).

Roslan Aziz bukanlah penganut syiah seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Beliau muslim sepertimana teman-teman lain. Perbezaan pendapat bukan bererti berbezanya agama. Agama dan beragama adalah 2 perkara yang tidak seharusnya disalah erti, apatah lagi bagi insan yang ‘memahami’ agamanya. Malah lebih ironi, islam sendiri memerlukan insan yang berbeda pendapat sebagai batu uji pengetahuan penganutnya. Dalam hal ini Roslan memilih untuk berbeza pendapat.

20 tahun selepas hari ini, kita berharap akan dapat mendengar lagi muzik-muzik yang lebih segar, dari mana-mana karyawan sekalipun. Apprisiasi kecil mengenai tokoh besar ini sekadar ingin meraikan (secara kecil-kecilan) 20 tahun penglibatan beliau dalam arus muzik di Malaysia. Banyak lagi yang bisa di ungkap mengenainya, namun biarlah ungkapan itu beliau sendiri zahirkan dalam muzik-muzik beliau. Memadailah bagi kita yang bekerja dan meminati muzik untuk berusaha menyanyingi keazaman beliau.

Beliau sudah berkata “ muzik ini buat anak cucu kita..”

1000 VERSES feat Joe Flizzow

a L i on iLike

SoundClick Banners

GLOBAL CHARTS

Buy Online

RINGTONES

CHART