Send Us Your Sounds - DROPBOX

Thursday, July 31, 2008

Sebalik Lagu Haring yang Nyaring - aLi !

IKAN HARING

Umur: 37 hingga 54 juta tahun
Lokasi: Kemmerer, Wyoming
Formasi: Sungai Hijau
Zaman: Eosen

Ikan-ikan haring dari masa 54 hingga 73 juta tahun silam tidak berbeda dengan yang hidup hari ini. Ini menyangkal pernyataan-pernyataan para evolusionis dan sekali lagi menegaskan fakta bahwa mahluk-mahluk hidup diciptakan Allah.
Sumber info & gambar : www.harunyahya.com

Assalaamua’laikum & Salam cinta…

Saya sekarang betul-betul ter”tekan” untuk memberikan yang terbaik untuk Cari Idol 2. Ini kerana ramai pengkritik-pengkritik tepi jalan yang ingin menjadi pengkritik level angkasa seperti Roslan Aziz. Itu baru realiti di internet yang bukannya komersial.

Pernah dengar lagu “Haring” atau Kenal tak aLi ? Pernah dengar dan kenal nampak ? Kalau tak tahu biasalah … aLi ni tak perlu gosip-gosip untuk popular. Tapi kalau sebut Roslan Aziz kenal tak ? Komposer yang menaikkan nama Sheila Majid, Zainal Abidin dan ramai lagi. Bekas pengetua Akademi Fantasia. A ah …. yang mana telah diperdebatkan tentang satu “quote” darinya yang agak kontroversi baru-baru ini. Nak tahu lebih lanjut tentang kontroversi ini, sila ke Blog R.A.P.

Baik, selepas mengupas “Aduh Saliha” dan “Jentayu”, kedua-dua karya daripada pelirik “penulis lirik” yang telah meninggalkan kita, maka, dengan beraninya saya akan mengupas lirik lagu aLi iaitu Haring.

Menggunakan genre muzik yang masih “aneh” pada segolongan orang di Malaysia, lagu ini pada saya berjaya memberi satu ideologi baru ke dalam dunia seni tanah air. Saya pasti lagi ini tak akan mengungguli carta radio kerana pendengar lebih sukakan melankolik dari artistik & realistik. Walaupun ia bukan muzik metamorfosis yang sepenuhnya namun ia pasti membuat anda ingin berayun-ayunan.

Saya tinggalkan dulu liriknya, dan insya-Allah akan saya kupas malam ini (*Baru sahaja dikupas tengahari 29 Julai sesudah mengedit beberapa jam lagu untuk CI2). Saya ingin ke Warung Kopi Mak Teh untuk meminum Teh yang berharga 50 sen secawan sambil bersembang dengan otai-otai kampung saluran satu. Kelas pagi ni terpaksa ponteng lagi kerana tidak mampu untuk membeli minyak dan EX5 belum diperbaharui cukai jalanannya. Saya terpaksalah jadi orang tepi jalan kerana saya juga belum memperbaharui lesen memandu. Oh ya ! Tahun 2020 saya ingat cam best je nak amik lesen memandu roket. Dah bosan duk kat dunia yang buat ku hampir muntah hijau dan nak jadi orang bulan pulak.

Permisi !

Haring (”The Album” Version)

Peringatan : Ini hanyalah interpretasi saya dan mungkin tidak melambangkan maksud sebenar penulis lirik ini.

Ku usik kenangan lama
\\ Membuka kembali lembaran sejarah
Bermusim yang hujan dan kering
\\ Semasa senang dan susah
Helang seraya membisik kepadanya
\\ Ketua lanun memberikan arahan kepada orang bawahannya
Adapun ini khabar yang penting
\\ Tugasan ini amat penting untuk keterusan kelanunan kita

Kemuning berbunga
\\ Kemuning adalah sejenis pokok herba untuk mengubat penyakit kelamin & lain-lain. Bunganya tidak digunakan untuk perubatan, mungkin hanya untuk hiasan. Cuma perlu diingat, tanpa bunga tidak dapat dibuat proses pendebungaan dan seterusnya pensenyawaan.

Di musim dedaunnya kering
\\ Sinis menyindir bagaimana boleh berbunga (dapat duit) sedangkan orang lain yang dilanuni merempat dan sengsara.
Helah ku bertanya tetapi mengah
\\ Ada suara protes tetapi sesiapa yang bersuara jelas pasti akan dicantas pantas
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Terbau akan penipuan yang berlaku (Haring adalah burung pemangsa)

Lain ayunan
\\ Ayunan adalah benda yang selau diulang-ulangkan. Bila selalu diulang-ulangkan, orang ramai biasanya akan terpesona. Boleh juga dikira sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri-sendiri.
Terjadi lagi
\\
Plot dan strategi yang sama dipergunakan lagi.

Orang bulan, orang tepi jalan
\\ Orang bulan : Orang yang mempunyai ilmu agama, beramal soleh
Orang tepi jalan : Orang yang berniaga iaitu mempunyai premis perniagaan.
(Mungkin juga orang yang suka dengar ceramah & juga orang yang suka berjalan kaki ?)

Dapat memahami keadaan ini
\\ Akan faham apa sebenarnya berlaku. Siapa yang benar. Orang beragama hatinya bersih dan senang menafsir sebalik kejadian manakala peniaga selalu berinteraksi dengan pelanggan yang terdiri dari guru, peguam mahupun penggubal undang-undang.

Ku usik kenangan lama
Bermusim yang hujan dan kering
Helang seraya membisik kepadanya
Adapun ini khabar yang penting

Kemuning berbunga
Di musim dedaunnya kering
Helah ku bertanya tetapi mengah
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Haring juga merujuk pada ikan Haring yang ditemui fosilnya puluhan juta tahu yang silam tetapi tidak pernah berevolusi. Maka nyatalah Teori Darwin hanyalah sampah (aLi menyindir teori ini melalui grafik manusia beruk). Juga terbukti DNA tidak pernah berubah dan saintis telah mengkaji DNA dinasour menggunakan DNA dari fosil yang pastinya berusia jutaan tahun.

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini
\\ Korus yang sama diulang kerana menekankan bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat menggunakan hati dan akal mereka untuk keadilan.

S & J : Orang bulan itu Sheikh Muzaffar ke ? Bukan .. “Ultraman & Superman” !
Nota : Berminat untuk membeli “Haring” secara on-line ? Sila ke blog R.A.P.
Nota 2 : Masih belum lengkap ya. BZ masih melanda !

No comments:

1000 VERSES feat Joe Flizzow

a L i on iLike

SoundClick Banners

GLOBAL CHARTS

Buy Online

RINGTONES

CHART